Karnival Kerjaya BN tawar 100,000 peluang kerja
KUALA LUMPUR: Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) kali kedua yang diadakan selama tiga hari bermula 11 Mei ini di Bukit Jalil menawarkan lebih 100,000 peluang pekerjaan untuk direbut khusus bagi lepasan graduan dan mereka yang ingin mencari pengalaman dalam kerjaya sedia ada.
Pengerusi Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012, Nazir Hussin Akhtar Hussin, berkata penganjuran acara itu tahun ini tidak hanya memfokus kepada peluang pekerjaan, sebaliknya ia turut mengambil pendekatan holistik khusus dalam pembangunan kerjaya dan peningkatan diri.
Read more
Sumber: Berita Harian, 3 Mei 2012
Sediakan pakej Internet mampu milik - Rais
KUALA LUMPUR 2 Mei - Syarikat perkhidmatan telekomunikasi di negara ini disaran menyediakan pakej perkhidmatan Internet mampu milik kepada semua lapisan masyarakat.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, untuk memastikan ia mencapai matlamat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyediakan formula untuk dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Read more
Sumber: Utusan Malaysia, 2 Mei 2012 |